Wednesday, May 27, 2009

Kelebihan Surah Al-Kautsar

SURAH al-Kautsar adalah surah ke-108 dalam al-Quran. Ia juga dikenali sebagai surah *Nikmat Yang Banyak* dan mengandungi tiga ayat.


Maksud ayat surah itu ialah: *Sesungguhnya kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak, maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu, dan berkorbanlah(fisabililah).


*Sesungguhnya, orang yang membenci-Mu, dialah yang terputus dari rahmat Allah.*


Surah ini menganjurkan agar umat Islam sentiasa beribadah kepada Allah dan berkorban sebagai tanda bersyukur di atas nikmat yang telah diberikan-Nya.


Faedah membaca surah ini ialah:


Membacanya sebanyak tujuh kali pada waktu hendak tidur, maka Allah membangunkannya pada waktu dan jam berapa yang dikehendaki.


Siapa yang membacanya tujuh kali ketika dalam ketakutan di mana saja berada, akan dilindungi Allah kebajikannya.

No comments:

Post a Comment