Wednesday, May 27, 2009

Perkara-perkara yang membantu seseorang menghayati Al-Quran

1. Membesarkan Allah dan mencintai Allah.
Setiap kali seseorang itu membesarkan Allah di dalam hatinya maka setiap kali itulah ia akan membesarkan al-Quran. Ibnu Mas'ud berkata : "Sesiapa yang ingin mengetahui bahawa ia cintakan Allah maka hendaklah ia mendedahkan dirinya kepada al-Quran". Urwah al-Bariqi berkata : "Cintakan Allah adalah cintakan al-Quran dan cintakan Rasulullah adalah beramal dengan sunnahnya".

2. Rajin mendengar bacaan al-Quran dan menghadirkan hati kepada al-Quran.

3. Sentiasa bertaubat dan menjauhkan diri daripada maksiat.
Sesungguhnya kebiasaan melakukan maksiat akan mendatangkan bahaya kepada agama dan dunia. Maksiat akan menghilangkan cahaya iman pada hati dan air muka seseorang. Ia juga boleh menghilangkan perasaan malu sedangkan perasaan malu itu sebenarnya perkara utama untuk menghidupkan hati. Sesungguhnya maksiat akan membutakan hati dan menggelapkan jalan menuntut ilmu. Hati yang tidak dihiasi perasaan malu dan telah menjadi gelap yang berpunca daripada maksiat maka hati itu adalah hati yang sedang sakit. Kesannya, hati yang sakit akan menjauhkan seseorang daripada menghayati al-Quran.

4. Ikhlas untuk menghayatinya.
Ikhlas merupakan syarat sah amal ibadat. Oleh itu sesorang yang ingin membaca al-Quran hendaklah menghadirkan keikhlasan kerana Allah dan apabila menghayati ayat-ayat yang dibacanya hendaklah dihayati dengan ikhlas kerana Allah. bukan kerana yang lain daripadaNya.

5. Menangis ketika membaca al-Quran.
Seseorang yang membaca al-Quran disunatkan menangis ketika membaca ayat-ayat yang menceritakan azab Allah dan seksaanNya. Tuntutan menangis semasa membaca al-Quran mendatangkan kesan positif kepada pembacanya untuk menghayati al-Quran iaitu meninggalkan larangan-larangan Allah yang dengan sebab tidak meninggalkannya boleh menyebabkan seseorang itu diazab dan diseksa oleh Allah di akhirat nanti. Tambahan pula menangis ketika membaca al-Quran merupakan sifat 'al-arifin' iaitu orang-orang yang mengenali Allah dengan sebenar-benarnya dan menjadi syiar atau simbol hamba-hamba Allah yang soleh.

No comments:

Post a Comment