Monday, April 27, 2009

Selawat Al Fatih


اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيَّدِناَ مُحَمَّدِنِ الْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ

وَالنَّاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ الْهَادِىْ إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيْمٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ حَقَّ

قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيْمِ


“Ya Allah, Rahmatilah & berilah kesejahteraan serta berkatilah penghulu kami Muhammad, pembuka bagi barang apa yang ditutup dan penamat bagi apa yang telah sudah, penolong bagi yang hak, penunjuk ke arah jalan yang lurus. Allah berselawat ke atasnya, ahli keluarga & sahabat-sahabatnya sebagaimana selayak untuknya sesuai dengan darjat dan kedudukannya yang tinggi dan besar


Fadilatnya:

  • Barangsiapa membaca selawat ini 11 kali setiap kali selepas sembahyang, segala dosa-dosa kecilnya diampuni Allah dan hatinya menjadi tenteram.
  • Barangsiapa membacanya 21 kali setiap hari, Allah akan melapangkan rezeki dan selamat keluarganya dari kesusahan serta dijauhkan dari azab neraka.
  • Jika dibaca 100 kali setiap hari, seseorang akan dimudahkan Allah untuk mendapat jodoh bagi lelaki atau wanita.
  • Jika dibaca 1000 kali pada malam Isnin, Khamis atau Jumaat membolehkan bermimpi bertemu dengan Rasulullah s.a.w dengan izin Allah..iaitu dibaca selepas sembahyang hajat.

4 comments:

  1. Assalamualaikum wbt, boleh saya tanya, kenapa bila saya search kat internet, byk selawat al fatih yang ada tambahan ayatnya:

    1. selepas... wasallim - (wa baa rik) - 'ala saiyi - (di) - naa muhammadini...
    2. selepas... wannaa siril hakki bilhakki, - (wa) - alhaa di ila siroti - (kal) - mustakim..
    3. -(tsollohu 'alaihi)- wa 'ala aaalihi wa sohbihi ....

    sila jawab, terima kasih, saya hanya ingin tahu ^^

    ReplyDelete
  2. salam.. maaf menyampuk sikit. selawat fatih ada 5 wajah (version). sebab tu saudara Cahaya_pemimpin jumpa berbeza2.

    ReplyDelete
  3. selawat fatih ni byk versi, jadi perlu cari guru yg mursyid utk ijazahkan amalan ini, spy mendapat kerberkatan dan fadhilat..jgn amalkan shj digoogle tanpa tahu rujukan kitab mana, nnti amalan jadi sia²..pesanan sya cari la guru spy ada sanadnya

    ReplyDelete